Selasa 24 Oct 2017M/4 Safar 1439H Solat Icon W3C Disability AccesibilityHelp RSS Web Mail
 
 
Kerajaan Orang Awam
search1
 
 
banner1
banner2
 
 
separator Laman Utama separator Piagam Pelanggan separator Pautan Berguna separator Peta Laman separator galeri video separator
 
 

Profail Jabatan
Direktori Pegawai
Kelab Kebajikan & Sukan
Carta Organisasi

Arahan/Pekeliling
Keratan Akhbar
Pautan Di Negeri Melaka
Pautan ICU JPM Negeri
e-Buletin Tuah
Arkib Data

Piagam Pelanggan
Penggunaan Perkhidmatan Online

e-KASIH
SPPII
KHAS

Dalam Talian : 5
Hari ini : 36
Bulan Ini : 12182
Bulan Lepas :12427
Jumlah : 121493
Capaian : 1388061
IP Anda :54.81.108.205
Kemaskini : 20/10/2017

e-KASIH
voice icon



e-Kasih

1) Apakah e-Kasih ?
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

2) Sejak bila e-Kasih diwujudkan ?
eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.

3) Apakah sumber data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih ?
Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam e-Kasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada e-Kasih. BIRM terdiri daripada dua fasa.

BIRM Fasa I dijalankan secara menyeluruh merangkumi kawasan bandar dan luar bandar bermula Disember 2007 sehingga Jun 2008 dengan rangka (frame) secara khusus diperolehi berdasarkan kepada senarai UPIS (KPKT) dan SPKR (KKLW) yang terkini pada masa itu. BIRM Fasa I juga dijalankan dengan merangkumi kawasan ‘pocket of poverty’ (kawasan berpendapatan rendah dan kawasan sekitarnya berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isirumah (HIS) yang dijalankan oleh DOS) bagi memantapkan frame. Walaubagaimanapun, terdapat kawasan yang tidak diliputi, iaitu kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri. Bagi memantapkan senarai di dalam eKasih, BIRM Fasa II telah dijalankan bermula Januari 2008 sehingga Julai 2009 dengan verifikasi dilakukan terhadap senarai (yang dianggap miskin) yang diterima daripada Ahli Parlimen/ADUN dan agensi- agensi diperingkat negeri.

Selain daripada itu, mekanisma pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat yang terkandung di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verfikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria eKasih, layak dimasukkan ke dalam eKasih.

4) Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan ?Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini ?
Di dalam sebarang program banci, kes ‘keciciran’ pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Hasil bancian tidak wajar dianggap 100% sempurna. Faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain menjadi penyumbang kepada perkara ini. Antara lain, terdapat juga beberapa faktor seperti tiada sesiapa di rumah selepas 3 kali lawatan dalam masa yang berlainan oleh pembanci, alamat yang diperolehi tidak lengkap/ tidak tepat/tidak diketahui/tidak dikenali, telah berpindah dan juga enggan memberi kerjasama kepada pembanci.

Pelbagai langkah dan inisiatif dilakukan dalam mengatasi perkara ini. Antaranya, BIRM Fasa II yang dilakukan khusus bagi memantapkan senarai eKasih yang dianggap keciciran dan kerjasama dengan pihak NGO/Agensi berkaitan dengan program kebajikan dan pembasmian kemiskinan bagi mendaftarkan mereka yang layak. Selain itu, sistem eKasih sendiri yang mempunyai mekanisma Pendaftaran Terbuka di mana ia membolehkan orang awam melapor dan mendaftarkan ketua/ahli/keluarga/isirumah (yang mereka kenali) yang dirasakan miskin untuk tindakan selanjutnya oleh ICU JPM/PPN. Sekiranya layak dan menepati kriteria, isirumah tersebut akan dimasukkan ke dalam eKasih.

5) Siapakah yang layak mendaftar di dalam e-Kasih ?
Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan bedasarkan pendapatan per kapita isirumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam
e-Kasih adalah isirumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.

6) Bagaimana untuk mendaftar ?
Individu yang ingin mendaftar ke dalam e-Kasih perlu pergi ke Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah dan mengisi borang pendaftaran e-Kasih. Bancian akan dibuat untuk individu yang layak.

7 Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR) ?
Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberitanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal.

8) Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR) ?
Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.

9) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan perkapita sesebuah keluarga ?
Pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

10) Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem e-Kasih ?
Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP –Bahagian/Unit Pembasmian Kemiskinan) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

11) Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam e-Kasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ?
Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan. Kepada KIR yang ingin memohon bantuan perlu memohon sendiri kepada agensi-agensi berkaitan yang memberi bantuan.

12) Siapakah yang perlu mengemaskini bantuan yang telah diberi kepada KIR/AIR ?
Agensi pemberi bantuan/pelaksana yang terlibat dengan program berkaitan perlu mengemaskini maklumat program/bantuan yang telah diberikan.

13) Adakah nilai buku teks sekolah boleh diambil kira sebagai pendapatan ?
Nilai buku teks sekolah tidak diambil kira sebagai pendapatan kerana semua buku teks diberi percuma kepada semua murid sekolah tanpa pengecualian.

14) Siapa dan agensi mana yang boleh memiliki capaian (access) e-Kasih ?
Jenis capaian (access) ekasih dikategorikan kepada dua. Pertama, capaian orang awam (public) dan kedua, capaian pengguna berdaftar (registered user). Capaian untuk pengguna berdaftar diwajibkan mempunyai ID, manakala capaian oleh orang awam tidak memerlukan ID. Peruntukan ID untuk pengguna berdaftar adalah terhad kepada pegawai/kakitangan kementerian/agensi Kerajaan yang terlibat dengan program pembasmian kemiskinan dan ahli Mesyuarat Focus Group sahaja. Orang awam tidak diperuntukkan ID ini. Walau bagaimanapun, orang awam boleh membuat capaian untuk mendaftarkan pendaftaran terbuka (ringkas).

viewed iconLaman ini telah dilihat sebanyak 29855 kali
Time visit iconKali terakhir dilawat pada 24/10/2017 - 6:16:55 am
 
pic19 pic20
 
Penafian : Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini.
 
 
[Dasar Keselamatan] [Dasar Privasi]
 
 
Hak Cipta Terpelihara PPN Melaka 2014© ICU JPM / Paparan Terbaik dengan resolusi 1024 x 768
Get Mozila FirefoxGet Opera Get Avant Browser Get Safari Get Internet Explorer